Friday, June 3, 2011

KERINGATMU...

Al-KISAH...disuatu kawasan tapak pasar malam di Kg. Pandan, bersebelahan Tesco Ampang (dokek jugak dengan rumah si die haha...) berlaku satu perbalahan ANAK BERANAK :


aku  : 


"Papa ni! abang tanya A jawabnya ke Z, cubalah SEKALI je jawab soalan abang betul2 ikut kehendak soalan boleh tak!?. Abang nak belajar salah, tak nak belajar pun salah, serba salah  jadinya!. Abang nak mati nanti baru papa nak cerita agaknya!"...(sambil menarik muka KERAS! & rasa BERBULU!...)

AYAHANDAku sambil tersenyum & memegang baju yang dijualnya perlahan-lahan menapak kehadapanku, senyap-senyap telapak tangan kasarnya itu MELEKAT lembut di atas kepalaku dan dahiku sambil menyanyi (cakaplah) :
     
papa :


"Abang, papa bangga dapat anak macam abang. Papa bukan tak nak ajar abang, tapi papa tak reti nak ajar abang. Abang nesti cari orang yang boleh ajar & belajar sendiri..."

Sambungannya aku "continue" balik tugas aku membantu PAPA, AYAHANDA, TOK-AYAH, OTAI, TAIKO & IDOLAku seperti biasa di pasar malam tapi kali ini dengan lembaran senyuman yang bahagia...aku bermonolog lagi :


aku  :   


"maknanya apa yang aku cari selama ini (hingga sekarang...) ini betullah, tapi kenapa rahsia sangat benda ni? sampaikan kat Tadika Purba, Taska Abim, Sekolah Kebangsaan Ampang, Sekolah Menengah Dato' Ahmad Razali & Teknik Ampangan pon tiada yang mau ajar sama kamek!?

Inilah kisah orang tuaku...hensemkan beliau? hehe...


dialah idolahku, 
bertandang ke Malaysia sebatang kara,
hidup berpijak dibumi yang nyata,
me"repair" kasut tak mencabar banginya,
menjahit selana sudah bosan katanya,
dalam poket pernah ada 10k tiada dia hairan,
didengki dibuat orangpun dia tak hirau,
hingga mau nikah sama mama gua "TALAK LUIT" pun takpa,
hingga pernah menjual daun pokok NYOR (kelapa) untuk duit raya,
untung mamaku murni mahukan dia,
tiada lain pesanannya,
solat, Solat, SOLATlah abang...

...mesti ada yang tertanya apa "signifikan" cerita perbalahan diATAS dengan yang BAWAH ni? hehe... adalah, moh kita renung selama mana kita mahu & fikir...


Pernah seseaat aku berfikir,

"agak2 sempat x aku nak bagi papa aku ni makan duit gaji ak?"

"sempat tak nak bawa beliau Umrah bersama?"


 & lebih dasyat lagi...

"agak2 sempat tak aku beri cucu padanya?" hehe geli hati aku bila terlintas yang ini...

Aku "gak caye" yang "korang" ada fikir menda yang samakan? kan? kan...?

dah puas aku fikir & inilah hadiah untuknya buat MASA ini...sebuah ilham dari Dia...ku abadai dalam MP3 & video pendek...

"ini cerita tentang dia,
yang selalu dekat dihati,
ini cerita tentang dia idolaku,
ku abadi sebelum pulang,

sanggup berpanas dan berhujan,
demi kita sebagai kekasiah hantinya,
dan mamapun turut tersenyum,
terpancar bahagia,

*papa papa dengarkanlah, 
serangkap coretan dari anakmu,
syukurku dan terima kasih mengajarku apa erti kehidupan,
mama mama jangan marah,
lagu ini juga buat dirimu oh sayangku,
kasih sayang yang sebenar, 
hanyalah dari mereka berdua,

tapi mengapa kita selalu mencari kekasih yang lain,
kasih dapat bertukar ganti namun mereka tiada peganti"...


(p/s : kalau nak tgk video ni boleh la p kat fb aku, 
Pelangi bin awan...tajuk keringatmu...
KALAU nak hehe)

lepas je papa aku tengok vedio & dengar lagu ini, kelihatan berkaca-kaca matanya lalu berkata :
       
papa : 


"biasanya orang buat lagu tentang ibu & mak, tapi anak papa buat tentang papa, terima kasih abang..."
         
 aku   :  "senyum seribu bahasa..."


aku "gak"  tahu yang dia nak cakap macam ni sebenarnya :
       
"WAH!!! comelnya vdeo nie, lagu ni!, time kacih abang, caaaaaayang abang, mmmmuah2, ala tomei2 abang, ding ding geding digeding ding!"


(hahaha cam gampang, rase nak lempang hingga ke sepang!)


"Actually, lagu ni "gak" aku dedikasi buat SEMUA ayah, bapa, walid, abah & semua yang sewaktu dengannya...ambillah tunjuk pada mereka dan beri tahu betapa KAU pun sayang ayah2 korang ni heheheh ucaplah "SAYA SAYANG AYAH" masa mereka boleh DENGAR, beza BRO bila ungkapkan perkataan itu masa MEREKA sudah pergi...menyesal...

lagi satu, aku ni banyak salahnya pada orang lain, doakanlah aku "even" tak dapat jadi Abdullah yang baik, tapi dapat jadi anak yang baik ya?! TQ!

sekian sahaja terima kasih TUHAN, kerana kurniaanmu padaku seorang PERWIRA yang sentiasa tenang hatinya seolah-olah sudah dia sudah terima syurga didunia ini...







ku abadikan sebelum LEWAT...

KALAULAH PAPA BOLEH BACA BLOG NI, APA DIA RASA YE???


5 comments:

  1. saya terharu membaca post ni. =') thanks abg Fendi!

    ReplyDelete
  2. nidapink90 : moshi2, Tq pnjamkan mata utk mmbaca! sgt terharu!!! =)

    joanne : heee TQ joan, TQ, TQ =)

    ReplyDelete
  3. papa sangat epi dan bangga krn dapat abang ni sbg anaknya~ =)

    ReplyDelete
  4. Vyen : hehehe TQ sudi baca =) bila mau jam! hehehe

    ReplyDelete