Saturday, August 13, 2011

PENGHARGAAN

..."bulan-bulan puasa ni rasa ngantuk pulak..." kata Ali pada dirinya...ZZZZzzzzz


...dalam mimpi si Ali...

Ali lihat didahi papanya tertulis :

"papa mahu dihargai"


monolog Ali,
"mengarut papa aku ni, conteng dahi tak ada kerja agaknya"...

...Ali lantas pergi ke dapur, ingin melihat mamanya yang cantik itu...di dahi mamanya :

"mama mahu dihargai"


monolog Ali,
"mamapun conteng sama, hehehe mentang2 laki bini...."

...Ali ke kamar adiknya Alia yang sedang nyenyak tidur. Di dahi Alia tertulis :

"Alia mahu dihargai!"


...Ali menggosok-gosok matanya,
"apa ni?! semua ingin dihargai???

"ya, semua ingin dihargai termasuk KAU!!!!"...jawab Ali yang satu lagi...

...meremang bulu tengkuk Ali, menyesal kerana tidak pernah ucaapkan terima kasih pada mereka...

...tanpa suara,

...diam dan tersedu,

...basah janggutnya...

p/s : Ali berazam, 
raya tahun ni nak ucap 
terima kasih pada 
semua.

Saturday, August 6, 2011

TUNGGU!!!

jam 4 petang, office hour tutup jam 5 petang...
Si Ali sedang menunggu nombor gilirannya yang bernombor 407 dan sekarang baru nombor 309...


"400 kaunter 2"

"401 kaunter 3"

"402 kaunter 4"

Dan... seterusnya... sampailah...


Akak   :
dik bangun, dik oo dik bangun, bangun!!!

Ali       :
kenapa kak? (sambil mengeliat kecil)...

Akak   :
 dik, sekarang ni dah pukul 6 petang, sejam jugak akak TUNGGU adik bangun sendiri, tapi nyenyak je tengok adik tido. Akak nak keluar dah ni pergi bazar beli juadah...

Ali      :
akak yang TUNGGU saya!?

tunggu, akhirnya...Ali berbuka puasa dengan akak tadi....happy ending....hahaha!

Wednesday, August 3, 2011

SUUUKAAAAA!!!

"Aku suka main bola", bnyak org kita begini.

"Sy suka bc buku", ada tp tak semua.

"Dia suka hisap rokok", kebanyakannya lelaki.

"Usop suka cium ketiak bapanya"! Ini pelik.

..........Suka tiap orang beza-beza, cuma perlu ada hormat....

Friday, June 3, 2011

KERINGATMU...

Al-KISAH...disuatu kawasan tapak pasar malam di Kg. Pandan, bersebelahan Tesco Ampang (dokek jugak dengan rumah si die haha...) berlaku satu perbalahan ANAK BERANAK :


aku  : 


"Papa ni! abang tanya A jawabnya ke Z, cubalah SEKALI je jawab soalan abang betul2 ikut kehendak soalan boleh tak!?. Abang nak belajar salah, tak nak belajar pun salah, serba salah  jadinya!. Abang nak mati nanti baru papa nak cerita agaknya!"...(sambil menarik muka KERAS! & rasa BERBULU!...)

AYAHANDAku sambil tersenyum & memegang baju yang dijualnya perlahan-lahan menapak kehadapanku, senyap-senyap telapak tangan kasarnya itu MELEKAT lembut di atas kepalaku dan dahiku sambil menyanyi (cakaplah) :
     
papa :


"Abang, papa bangga dapat anak macam abang. Papa bukan tak nak ajar abang, tapi papa tak reti nak ajar abang. Abang nesti cari orang yang boleh ajar & belajar sendiri..."

Sambungannya aku "continue" balik tugas aku membantu PAPA, AYAHANDA, TOK-AYAH, OTAI, TAIKO & IDOLAku seperti biasa di pasar malam tapi kali ini dengan lembaran senyuman yang bahagia...aku bermonolog lagi :


aku  :   


"maknanya apa yang aku cari selama ini (hingga sekarang...) ini betullah, tapi kenapa rahsia sangat benda ni? sampaikan kat Tadika Purba, Taska Abim, Sekolah Kebangsaan Ampang, Sekolah Menengah Dato' Ahmad Razali & Teknik Ampangan pon tiada yang mau ajar sama kamek!?

Inilah kisah orang tuaku...hensemkan beliau? hehe...


dialah idolahku, 
bertandang ke Malaysia sebatang kara,
hidup berpijak dibumi yang nyata,
me"repair" kasut tak mencabar banginya,
menjahit selana sudah bosan katanya,
dalam poket pernah ada 10k tiada dia hairan,
didengki dibuat orangpun dia tak hirau,
hingga mau nikah sama mama gua "TALAK LUIT" pun takpa,
hingga pernah menjual daun pokok NYOR (kelapa) untuk duit raya,
untung mamaku murni mahukan dia,
tiada lain pesanannya,
solat, Solat, SOLATlah abang...

...mesti ada yang tertanya apa "signifikan" cerita perbalahan diATAS dengan yang BAWAH ni? hehe... adalah, moh kita renung selama mana kita mahu & fikir...


Pernah seseaat aku berfikir,

"agak2 sempat x aku nak bagi papa aku ni makan duit gaji ak?"

"sempat tak nak bawa beliau Umrah bersama?"


 & lebih dasyat lagi...

"agak2 sempat tak aku beri cucu padanya?" hehe geli hati aku bila terlintas yang ini...

Aku "gak caye" yang "korang" ada fikir menda yang samakan? kan? kan...?

dah puas aku fikir & inilah hadiah untuknya buat MASA ini...sebuah ilham dari Dia...ku abadai dalam MP3 & video pendek...

"ini cerita tentang dia,
yang selalu dekat dihati,
ini cerita tentang dia idolaku,
ku abadi sebelum pulang,

sanggup berpanas dan berhujan,
demi kita sebagai kekasiah hantinya,
dan mamapun turut tersenyum,
terpancar bahagia,

*papa papa dengarkanlah, 
serangkap coretan dari anakmu,
syukurku dan terima kasih mengajarku apa erti kehidupan,
mama mama jangan marah,
lagu ini juga buat dirimu oh sayangku,
kasih sayang yang sebenar, 
hanyalah dari mereka berdua,

tapi mengapa kita selalu mencari kekasih yang lain,
kasih dapat bertukar ganti namun mereka tiada peganti"...


(p/s : kalau nak tgk video ni boleh la p kat fb aku, 
Pelangi bin awan...tajuk keringatmu...
KALAU nak hehe)

lepas je papa aku tengok vedio & dengar lagu ini, kelihatan berkaca-kaca matanya lalu berkata :
       
papa : 


"biasanya orang buat lagu tentang ibu & mak, tapi anak papa buat tentang papa, terima kasih abang..."
         
 aku   :  "senyum seribu bahasa..."


aku "gak"  tahu yang dia nak cakap macam ni sebenarnya :
       
"WAH!!! comelnya vdeo nie, lagu ni!, time kacih abang, caaaaaayang abang, mmmmuah2, ala tomei2 abang, ding ding geding digeding ding!"


(hahaha cam gampang, rase nak lempang hingga ke sepang!)


"Actually, lagu ni "gak" aku dedikasi buat SEMUA ayah, bapa, walid, abah & semua yang sewaktu dengannya...ambillah tunjuk pada mereka dan beri tahu betapa KAU pun sayang ayah2 korang ni heheheh ucaplah "SAYA SAYANG AYAH" masa mereka boleh DENGAR, beza BRO bila ungkapkan perkataan itu masa MEREKA sudah pergi...menyesal...

lagi satu, aku ni banyak salahnya pada orang lain, doakanlah aku "even" tak dapat jadi Abdullah yang baik, tapi dapat jadi anak yang baik ya?! TQ!

sekian sahaja terima kasih TUHAN, kerana kurniaanmu padaku seorang PERWIRA yang sentiasa tenang hatinya seolah-olah sudah dia sudah terima syurga didunia ini...







ku abadikan sebelum LEWAT...

KALAULAH PAPA BOLEH BACA BLOG NI, APA DIA RASA YE???


Monday, May 30, 2011

khayalan

siapa yang tak suka berkhayal. dari kecil kau, aku, kita semua memang asyik dengan bayangan masing-
masing. Yang sigila dengan dunianya, pemimpin dengan negaranya, komposer dengan melodinya, pelakar
dengan lukisannya, pokok pangkal jangan tipula kalau kau bukan jenis yang suka berkhayal dan lebih
menyedihkan lagi kalau tipu yang kau tak pernah berkhayal kan?

Masa nak ke Medan buat pertama kalinya, ku tanya sama mama cantikku (masa atas kapal terbang er, dalam kapal terbang MAS)

abang : mama, mana ALLAH? abang tak nampak pun, kata Allah kat langitkan?
mama : (memandang ke arah papa)
papa : hehehe (sampai hati, gelak je)

*lupa nak cakap, "abang" tu akula...anak sulongkan...

bayangan aku ni dorang pun pening lebih nakal lagi papaku cuma menampakkan giginya yang "cantik"

inilah bayangan atau khayalan pertama aku yang paling ku ingat sampai mati kelak. (harap-harap)

dalam monolog kawan ni juga ada khayalanku tersendiri...
satu hari tengok orang gila beri kucing makan, datanglah ilham dalam bentuk melodi (bukan yg dalam TB3 tu ok!) yang berbunyi lebih kurang sedap (soei aku mmg ada perasaan best konon) dengan "OHANA" yang macam biniku :



          ini cerita tentang sidia yang selalu dalam dunia khayalan,
          juta mata memandang "oh hina" seolah mereka suci (perfect!),
          
          hakikatnya bahagia bersama mereka (sigila) yang terima seadanya,
          inikah yang dikatakan hati suci mulia,


          merpati angsa tulis dengan tinta,
          baik bahasa semua orang suka,


          khayalan....khayalan...

sigila yang Ku, Ko, Lu, Gua pandang kat Chow Kit, BB, KLCC tu semua dah kompem-kompem syurga der...(bahasa dak2 kl)...

kita ni yang belum tahu mana tempat kambali, tapi sibuk lagi nak HUKUM sigila n yang bukan gila... knp???